Tuesday, 28 December 2010

mahmudah VS mazmumah

bismillahirrahmanirrahim,besyukur kita kehadrat illahi, kerana kita masih berpeluang menghirup udara di bumi allah ini. Walaupun dosa kita setinggi Gunung Averest,Allah masih memberi peluang untuk kita hidup. 2 nikmat yang paling berharaga dalam diri muslim itu ialah nikmat IMAN dan ISLAM. Hanya muslim sahaja Allah istimewakan dengan 2 nikmat yang berharaga ini..Jadi sungguh beruntung Allah menciptakan kita sebaik2 kejadian.(surah At-Tin:4) 
                                                      
Maka mengapakah kita perlu menjadi hamba yang tidak bersyukur dan sering melakukan dosa?Waima, bapa saudara Rasulullah sendiri iaitu Abu Jahal ,merupakan orang yang paling hampir dengan baginda tidak memiliki 2 nikmat ini. Begitu sayangnya Abu Jahal kepada baginda,sanggup menjadi supperhero kepada baginda. Inilah kuasa Allah, yang akan membolak-balikkan hati seseorang itu,dan pemberi hidayah.



Berikutan dengan pos saya kali ini, mahmudah VS mazmumah! Sudah tenetu semua orang ingin memiliki sifat mahmudah bukan mazmumah!Walaupun sesorang itu jahat tahap yang paling tinggi sekalipun, dia akan kembali baik juga akhirnya. Ini kerana memang Allah telah ciptakan fitrah  manusia itu BAIK. Cuba kita tanya 'mat-mat rempit', perempuan yang bertudung dan menutup juga yang dipilih menjadi isteri, inginkan anak-anak yang baik.

Hakikatnya manusia itu,memang seperti itu.Namun begitu, janganlah kita memandang serong kepada seseorang yang pernah melakukan kesilapan.Seperti satu analogi, dalam satu helai kertas itu andai kita titik beberapa titk hitam,dan melihat keseluruhan kertas itu,apakah yang paling kita nampak? Sudah tentu titik-titik hitam itu. Ini bermaksud walau banyak kebaikan yang telah kita lakukan, namun orang pasti akan melihat dan ingat  kejahatan yang kita lakukan walau setitik. Itulah sifat manusia. Manusia itu bukan malaikat yang tidak punyai hawa nafsu dan sentiasa digodai oleh musuh utama kita syaitan. Maka pandanglah seseorang itu dengan kaca mata dakwah, dan berharap Allah akan beri hidayah kepadanya. Ingat kita bukan tuhan untuk menghukum seseorang itu,kita hanya mampu menarik seseorang itu daripada melakukan kejahatan,sebaliknya semua kerja tuhan.

Namun,berbeza pula pada sesetengah orang, lain manusia,lain ragamnya. Sebagai contoh,kita diberi amanah disekolah, disebabkan rasa diri itu tidak baik, maka itulah yang menjadi penghalang untuk menjadi seorang pemimpin. Sememangnya, manusia itu sering melakukan kesilapan dan tidak pernah lari daripada kesalahan, dan kita semua sebenarnya berusaha untuk menjadi baik,seperti firman Allah dalam (surah Al-Maidah:48).
                                
                                    "berlumba-lumbalah berbuat kebajikan". 


Allah menyuruh kita berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan.
Manusia itu tidak PERFECT. Sebab itulah Allah menciptakan SYURGA dan NERAKA.




wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment