Friday, 10 December 2010

.perjalanan kita masih jauh.

bismillahirrahmanirrahim.. Ku bersyukur kepada mu Ya Allah atas nikmat yang kau berikan tak henti-henti. Bagaimanalah rasa agaknya, andai kata semua benda di dunia ini bukan percuma??seperti bernafas?syukur rasanya diri ini diberi peluang untuk hidup lagi pada hari ini. Maka, haruslah kita gunakan peluang ini sementara masih ada. Ku bersyukur juga kerana berpeluang untuk berjalan di atas jalan Allah. Tidak semua milik peluang dan tempat untuk melaksanakannya.Andai peluang didepan mata, rebutlah ia sebelum tiada kerana kamu adalah orang yang terpilih,beruntung,bertuah!Saya berharap dapat memanfaatkan blog ini sebaik-baiknya.Bagi saya penulisan adalah satu instrumen yang lebih baik kerana ia boleh disimpan bekurun lamanya,boleh dibaca pada bila-bila masa. Kadangkala melalui pembacaan lebih terkesan pada hati seseorang itu. Setiap manusia itu berbeza cara penerimaanya dan yang paling penting kita mampu berusaha sahaja untuk mengajak seseorang itu ke arah kebaikan. Namun itu semua kerja Allah,Allahlah yang membolak-balikkan hati manusia itu dan yang akan memberikan hidayah kepada sesiapa yang diingini. Justeru saya berharap dengan memliki blog ini dapat sentiasa berpesan-pesan demi menuju negara yang kekal abadi. Insyallah.

No comments:

Post a Comment